Borang Pesanan/ Order's Form

Nama / Name:
Number Telefon / Phone no:
Alamat Email / Email Address:
Alamat Rumah:
Negeri / State:
Cara Pembayaran / Mode of Payment: Maybank
CIMB
Wang Pos
Harga pos / Postage fee:
Kod Pesanan / Item code:
Promosi / Promotion:
Pertanyaan / Questions:

Create a web form here

Follow Us


Cara Untuk Kurus Tanpa Ubat-Ubatan

  • Jangan berlapar. Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle‘ (otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.
  • Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan. Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
  • Minum 8 gelas air sehari. Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
  • Elakkan minum minuman yang bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
  • Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
  • Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
  • Makanlah dengan perlahan-lahan. Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
  • Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit – daripada makan hanya sekali dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
  • Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
  • Kurangkan pengambilan marjerin, mentega dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
  • Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak (misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan
  • Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori. - imam khalid

0 comments:

Post a Comment

Search This Blog